Search This Blog

Friday, 22 November 2013

Acer Aspire R7

Berubah!

Semalam Acer Malaysia memperlihatkan komputer riba terkini mereka iaituAcer Aspire R7. Komputer riba ini berbeza dari majoriti komputer riba yang ada dipasaran sekarang kerana ia mampu diubah menjadi 4 mod berbeza. Ia boleh dibuka seperti komputer biasa, diratakan menjadi sebuah tablet, dekstop dan juga sebuah skrin untuk melakukan pembentangan. Acer Aspire R7 mempunyai skrin 15.6" HD Penuh, Pemproses i5 Empat Teras, 8GB RAM dan muatan dalaman sebanyak 1 Terabyte. Ianya akan dijual pada harga RM2999. Very cool! DO WANT!



Seni Tenunan Kucing yang Comel

Kawaii

Hiroko Kubota sukakan kucing dan beliau menghasilkan baju dengan tenunan Neko yang diberi nama Pocket Cats. So kawaii. 




Oh My English


Ohmai

English tahap AZN. ......




Perpustakaan dengan Bilik Terapung Di Sepanyol

Nice!

Kanak-kanak semakin tidak suka membaca kerana kewujudan televisyen dan tablet. Jadi di Sepanyol bagi menarik kanak-kanak kembali ke perpustakaan sebuah bilik membaca terapung dipasang. "Reading net" hanyalah jaring keselamatan yang digantung di tingkat mezzanin perpustakaan dan ianya kini mendapat sambutan hangat. Cool idea. Mohon ada versi untuk orang dewasa juga.




Sungai Terkotor di Dunia 2013

Ewww

Sungai Citarum yang terletak di Kepulauan Jawa diishtiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Instute. Ia juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi. Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi. Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum1000 kali ganda lebih tinggi dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain yang dibina berhampiran sungai. Sungguhpun airnya tercemar ianya masih digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian. Kerajaan Indonesia diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta. Dayyum!



Monday, 4 November 2013

Sedap Ke Ubi Rebus ?? Makanan tradisional Zaman Jepun Wehhhh !!

Korang Penah Makan UBI REBUS tak ?? Haaa kalau korang tanya orang2 lama yang hidup pada zaman Jepun dulu, inilah makanan asasi meraka..Korang Ape ade hall...?? asik makan McD, KFC...gemuk cam Khinzir nanti baru tau...!! HAHAHAHAHAHA

Ok Laa ni aku nak tunjuk macam mana rupa UBI REBUS...Sedapppppp ooo...orang penang kata "Betul2 Ho Liao !!!"



Selamat Menjamu Mata yer !!

Nukilan,
Ubi Rebus